Bermula dengan Arahan Jabatan Bilangan 1 2010, latihan eksesasi JPAM diselaraskan dan disusun secara lebih sistematik dan spesifik. ia sejajar dengan keperluan pelanggan JPAM masakini.
Terdapat 5 zon.Zon-zon latihan ini adalah mengikut pecahan mata angin dan geografi Malaysia. Ia terdiri dari :-
- Zon Utara (meliputi kawasan Perlis Pulau Pinang & Kedah, ).
- Zon Tengah (meliputi kawasan Perak, WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya & Selangor).
- Zon Selatan (meliputi kawasan Negeri Sembilan , melaka & Johor).
- Zon Timur (meliputi kawasan Kelantan,Terengganu & Pahang).
- Zon Sabah & Sarawak (meliputi kawasan Sabah, Sarawak & WP Labuan)
Setiap zon akan menggilirkan lokasi latihan mengikut negeri bersesuaian dengan keperluan faktor keselamatan (berkaitan bencana). Cara ini mampu memberi pendedahan yang lebih meluas kepada Angkatan Pertahanan Awam melalui pendedahan variasi bencana yang pelbagai di beberapa negeri dalam zon berkenaan.
Ia adalah satu usaha murni dalam mengintegrasikan aspek latihan dan pada masa yang sama menyemarakkan semangan 1JPAM dalam organisasi.
Informasi ini diekstrak dari Arahan Jabatan Bil 1 2010.