Bagi menjamin kualiti penyampaian perkhidmatan JPAM, syarat-syarat berikut adalah normal dalam penyertaan Anggota JPAM.
- Peserta latihan mestilah anggota yang telah mengikuti kursus kemahiran anjuran jabatan yang berkaitan dengan latihan yang akan dilaksanakan.
- Peserta mestilah anggota yang telah berkhidmat minima 2 tahun
- Peserta WAJIB dilindungi secara sah dengan insurans kelompok
- Kad keahlian anggota mestilah sah semasa tarikh latihan dilaksanakan.
Dengan itu, anggota yang menyertai latihan ini dapat memberi sumbangan bakti dalam menjalankan tanggungjawab Angkatan Pertahanan Awam dengan mengekalkan semangat Sedia, pantas, berintegriti.