Monday, 4 April 2011

Melabuhkan Tirai: Eksesais Zon Timur 2011

Eksesais zon timur baru melabuhkan tirai sebentar tadi.Ucapan dan konklusi dari Dato KP akan Kami sebarkan kepada anda dalam masa terdekat nanti.

Kami menghargai usaha anda pembaca budiman dan usaha pejuang-pejuang kesukaralawan dalam memartabatkan perkhidmatan berteraskan sukarelawan. Segala jasa dan pengorbana anda kami hargai.

Kami akan mengemaskini segala perjalanan eksesasi sejurus selepas hari terakhir ini.

Friday, 1 April 2011

Sedang Berlangsung: Eksesais Zon Timur 2011

Secara rasminya,hari ini eksesasi dimulakan dengan beberapa siri latihan asas bagi persediaan eksesais yang akan dimulakan sekitar jam 2.30 petang ini.

Namun masa di dini bukanlah prioriti sebenar. Ia mungkin awal atau lewat-sebagaimana resmi kecemasan yang tidak menunggu masa yang sesuai dengan kesiapsiagaan manusia.

Segala aktiviti akan dikemaskini dalam tempoh terdekat.

Sunday, 20 March 2011

Terkini:Hasil Mesyuarat

Terdapat beberapa perubahan dalam menjayakan eksesais zon timur pada kali ini. Antara perubahan adalah:-
  1. Perubahan berkaitan pengendali eksesais. Pada kali ini diputuskan ia dikendalikan sepenuhnya oleh BPA Kelantan. Terdahulu, pihak Baung Utara menarik diri sebagai jururunding penasihat atas sebab-sebab tertentu.
  2. Nama eksesais ditukar kepada Ek-Kijang. bersesuaian dengan pengenalan pada Jata Negeri kelantan.
Demikian beberapa perubahan kecil bagi melicinkan kelancaran eksesais pada kali ini.

Thursday, 10 March 2011

Mesyuarat Eksesais Bilangan -2

Salam 1JPAM,

Satu Mesyuarat Penyelerasan bilangan 2 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 14 Mac 2010
Masa: 9.00 Pagi
Lokasi: PDPA Kota Bharu


Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan persediaan Jawatankuasa yang telah dilantik.

Maklumat ini disahkan oleh BPA Kuala Krai via Pegawai BPA JPAM Kelantan.

Tuesday, 1 March 2011

Makluman:Navigasi untuk Sejarah Eksesais & Berita Eksesais

Salam 1JPAM,

Anda pasti menyedari perubahan paparan untuk navigasi ke Berita Eksesais dan Sejarah Eksesais.Kini,di ruang sebelah kanan laman ini terdapat banner yang membawakan meklumat berkaitan apabila anda klik atasnya.

Eksklusif & Terkini, Sejarah Eksesais dan Berita Eksesais
Banner eksklusif dan terkini membawakan perkara paling terkini dalam bloh ini. Sejarah eksesais akan menyajikan kepada anda maklumat berkaitan Eksesais terdahulu yang berlangsung di Zon Timur. Manakala Berita Eksesais Lain-Lain Zon akan membekalkan informasi berkaitan eksesais di zon-zon selain Zon Timur di JPAM.

Buat makluman anda,kemudahan navigasi ini akan dipertingkat dari masa kesemasa

Iklas,
Admin BPA Kuala Krai

Sunday, 20 February 2011

Preview Eksesais Zon Timur Bil 1 2011

Salam 1JPAM,

Eksesais pembukaan 2011 akan diadakan di Kelantan.Eksesais yang dikenali sebagai Eks Tok Janggut memfokuskan persediaan strategik semasa banjir.

Aspek menyeluruh bermula dari prosedur pemindahan,penyajian dan penyediaan kemudahan di pusat pemindahan banjir hinggalah kepada perkara teknikal seperti pengendalian Bot Ambulan akan diberi penekanan.

Ia adalah simulasi medan sebenar menghadapi banjir. Nantikan laporan selanjutnya dari meja pengarang. Sehingga itu, mari sama-sama memantapkan ilmu penyelamat di komuniti anda!

Ikhlas,
Admin

Maklumat ini adalah hasil mesyuarat kali pertama yang diadakan di PDPA Kota Bharu yang dihadiri PPAN, PPAD dan Jawatankuasa yang berkaitan.

Saturday, 19 February 2011

Sejarah: Eksesais Mengikut Zon

Bermula dengan Arahan Jabatan Bilangan 1 2010, latihan eksesasi JPAM diselaraskan dan disusun secara lebih sistematik dan spesifik. ia sejajar dengan keperluan pelanggan JPAM masakini.

Terdapat 5 zon.Zon-zon latihan ini adalah mengikut pecahan mata angin dan geografi Malaysia. Ia terdiri dari :-
  1. Zon Utara (meliputi kawasan Perlis Pulau Pinang & Kedah, ).
  2. Zon Tengah (meliputi kawasan Perak, WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya & Selangor). 
  3. Zon Selatan (meliputi kawasan Negeri Sembilan , melaka & Johor).
  4. Zon Timur (meliputi kawasan Kelantan,Terengganu & Pahang).
  5. Zon Sabah & Sarawak (meliputi kawasan Sabah, Sarawak & WP Labuan)
Setiap zon akan menggilirkan lokasi latihan mengikut negeri bersesuaian dengan keperluan faktor keselamatan (berkaitan bencana). Cara ini mampu memberi pendedahan yang lebih meluas kepada Angkatan Pertahanan  Awam melalui pendedahan variasi bencana yang pelbagai di beberapa negeri dalam zon berkenaan.

Ia adalah satu usaha murni dalam mengintegrasikan aspek latihan dan pada masa yang sama menyemarakkan semangan 1JPAM dalam organisasi.

Informasi ini diekstrak dari Arahan Jabatan Bil 1 2010.